Sunday, November 6, 2011

Mesin yang menakjubkan


Glukk glukk glukk  geedeegangg !

“weh mok kao beli kan aku air gedegang tu”  zack memberi arahan tegas yang memecah kegirangan sekumpulan anak muda yang dari tadi tersidai di bahu jalan berhampiran block penginapan mereka sambil menikmati keheningan malam dibuai petikan gitar berserta nyanyian penghilang kebosanan setelah seharian menghadiri kuliah
“duit mane doh ,kao nak suruh aku seluk kertas A4 dalam tu ??” Tanya acai dalam nada begurau yang amat pedas
“kao masuk bilik aku ade purse aku atas meja tu amek 2henget  jer ,dua henget je tao” tegas zack mematikan niat busuk acai.

“yelah yelah ,kao nak ape ni ? coke ? grape ? oren ?  ke air seratus tambah ? kale putih ker hijau ??” soal acai memastikan kehendak zack
“coke lah cai ,banyak soal lah kao ni “ dengan nada meluat menjawab persoalan acai yang ketidak pastian kewarasanya tu.

“gedegang ??” soal anak muda serentak  yang bersama zack dan acai menikmati keindahan malam itu .keasyikan mereka menikmati bait bait lirik yang semenjak tadi berpusar difikiran mereka terhenti tiba-tiba dek persoalan yang muncul dalam setiap kotak fikiran mereka .

“kat sini kami panggil bende alah tu (sambil memuncungkan bibir ala-ala itik pulang petang  beserta mimik muka yang agak mencairkan hati si gadis-gadis kearah mesin air berhampiran mereka) gedegang” suara zack melayan persoalan pelajar pelajar baru di universiti ni,yelah sebagai pelajar baru banyak budaya dan perkara yang mereka tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu mereka dapat dialam menara gading ni.
Semua anak mude tadi agak sedikit teruja dan jelas kelihatan air muka mereka berubah seperti ingin melompat setinggi awan dan berenang seluas lautan jer biler dengar penjelasan zack tadi .mana tak nya ,mesin yang tersergam indah kat blok dorang tu boleh keluaq kan ayak kot .cume kene bagi depa upah 2 ringgit ja lepah tu depa bagi ang minum ayak sedap .boleh diketogorikan sebagai khazanah dunia yang menakjubkan lah tu .tak pon macam poket doremon atau astro yang macam macam ada .ok aku tipu ,mesin tu keluarkan air jer dan habuk-habuk setompok dua .

Dipendekkan cerita ,aku nak borak sikit pasal mesin air yang wujud dekat unibesiti aku ni .bukan lah jakun,batak mahupun pelik .tapi agak sedikit excited bile dapat gune mesin tu .hehhe excited dia tu macam ang dapat tengok wayang ngan kekasih ang ,macam tu excited dye .paham dak ?
 ok, lupekan jer . dulu kat sekolah menengah aku ade jer mesin tu cume aku sebagai pelajar tahun akhir kat sekolah tu tak berkesempatan nak explore bende alah tu sebab time tu mesin tu baru diwujudkan kat sekolah tu .sekolah jer kat bandar Kuala Lumpur tapi lambat betul maju nyer .asal ? ang kesian kat aku ? tok sah la ang na kesian kat aku ,ang  tu pun penah guna ke tak gedegang tu kan .ishh
sebenarnya lame aku tak minum air gedegang tu sejak bertukar blok penginapan .yelah blok sekarang ni makin dekat dengan cafe dan sebagainya ( “dan sebagainya” teringat kat lecture aku yang gemar menyebut perkatan tu ,boleh dikatekan dalam setiap sesi kelas dengan dye dekat 30kali dalam masa 2jam dye sebut perkataan tu.hehe sorry sir  ).jadi tak perlulah untuk aku menjadi pemalas menghilangkan dahaga dengan air-air yang mungkin menjadi penyebab utama kes pemotongan kaki di Malaysia ni satu hari nanti .nak di jadikan cerita lagi ,tak jadi-jadi lagi cerita aku tadi .hehehe satu malam ni rakan seperjuangan aku sebagai pelajar asasi pengurusan dan strategi pertahanan di unibesiti pertahanan nasional Malaysia dan merupakan classmate bagi subjek finance dan pengukuhan pembelajaran datang kebilik aku dengan meluahkan hasratnya

“jue ,teman aku jom pi perpustakaan nu .aku tak dak teman ni ,kao sampai hati ka tengok aku pi sesorang. jom lah jue" rayuan seorang kawan . ‘angrhhhhh mengganggu masa lapang aku plak minah ni’ jawab aku dalam benak dada

“ang nak buat pa kat library tu ? kalao takat nak dok membuang masa ,bek ta payah .aku punye assignment menimbun nu tak sesiap lagi” keluh aku kurang bersetuju dengan ajakan tu

“alaa ,jom la aku nak pi siap kan assignment political sains aku ngan bebudak group aku tu .depa semua laki ,aku je sekuntum bunga kat situ nanti ,kao tak sayang aku ka jue ?” nada yang seperti meminta minta kaki aku untuk mencemar duli ke muka dia. Lemah betul aku kalao kawan dah main sayang sayang ni

“yelah yelah ,aku teman ang .pi solat lu ,lambat aku tukaq pikiran “ tegas aku mematikan langkah sara untuk terus berlegar disekitar bilik aku .
Sampai jer kami kat sekitar library tu ,ternampak lah mesin gedegang yang bercahaya dalam kegelapan malam yang seolah-olah melambai ke arah kami bertiga supaya menghampiri mereka

“kak oi ,meh lah berhenti sat .derma sehinggit dua kat kami .mesti korang dahaga kan berjalan dari blok ke sini ,meh lah minum sat” nada sayu yang memujuk untuk kami  melayan mereka , lemah iman aku nengok mesin tu .akhirnya aku pasrah ,leburkan 2 ringgit aku kat bendealah tu

Glukk glukk glukk geedegangg !

“uihh ,kuat nyo ang ni ,mengamuk ka” tengking aku kat gedegang yang mengeluarkan air anggur jenama F&N .bukan aku jer yang terkejut ,katak yang tidak pernah tahu erti bersyukur yang dari tadi memainkan lagu cinta mukabulu walaupun baru lepas hujan, berhenti  serta merta seperti radio dicabut plug nya .burung yang berasmara berlegar-legar mengelilingi bintang terhenti dan membawa haluan masing-masing  ,pegawai-pegawai kedat yang mengatur langkah selari menuju ke medan peperangan tersungkur menyembah bumi .

kemudian kami pon meneruskan tujuan utama kami berpeleseran malam tu .niat nak menyiapkan assignment terbantut dek line wifi library upnm yang sangat menngugat iman aku .hambarr


library yang lengang dimalam hari.

Huhhh ,dasyat aku menipu .

Thursday, November 3, 2011

capel ??

rintik riktik hujan membasahi kegersangan tanah di sekitar kem sungai besi,
mengejutkan aku dari lelap yang lena sejak tengahari tadi .
hurmm mungkin ada yang cemburu melihat aku beradu sambil menikmati mimpi yang indah .

"huhh lame aku tido petang ni " bisik aku bersendirian.

lena aku terjage dek borak borak kosong roomate aku yang agak menarik sebenar nya.

"esok kelas cancel doh ,si polan tu dah balik dah harini"

tidak tidak dari mana datang suara yang mengghairahkan tu ?? kerana ingin mensahihkan ape yang aku dengar tu bantal dan selimut yang dari tadi melayan karenah aku dilupekan sejenak .dengan rasa bengang dan sedikit meninggikan suara mereka berdua berteriak kepada aku

"heyy manusia ,kau dah pelukpeluk aku dah meninggalkan peta yang merata-rata kau blaa macam tu jer ,terima kasih lah sikit ,susunlah kami kepada asal ! dasar manusia pemalas ! "

huhhh ,tak gune punye bantal dan selimut .ini lah jadi kalau segala bende boleh bersuara .nasib semua tu mustahil berlaku .ok aku dah merepek .back to the topic ,aku pon bangun dan cuba membuang barang seketul dua taik mata yang terhasil dek aktiviti petang yang sihat aku tadi dan cuba merebahkan semula badan yang terase belum puas melayari mimpi indah .belum sempat aku bersuara mungkin sekali mengucapkan selamat pagi kepada roomate roomate aku yang kusyuk mentelaah assignment mereka dari aku terlena sehingga terjage tadi

bruttt brutttt~

telefon bimbit aku vibrate lahh .hahahha

"buat ape mok ?? tido err ??"

arghhhhhhh ,dye dapat cam suara rock aku .habis lah, jatuh lah saham aku lepas ni .

"dah bangun lahh ,baru jer bangun .ingat nak berjoging ker tapi hujan pulak ,so nak buat cekodok ni. macam sedap kan buat cekodok petang petang ni.hikhikhik" sambil ketawa kecik macam tecekik sesuatu yang menghalang suara aku untuk terus keluar.ok aku menipu jer .perbualan aku dan dia pon berlarutan dan diakhiri dengan assalamualaikum (beriman) .tetibe aku teringat balik katakata roomate aku tadi pasal kelas esok .terus aku menembak beliau dengan soalan soalan yang bertubi-tubi ,sebenarnya tadelah bertubi pon .hahaha

"weh kao kate ape tadi ,esok kelas cancel ?? heaven giler ,sekarang jugak aku pack barang !" sambil melompat-lompat kegirangan.

"palahok mung kelas cancel ,tu budak STP lah .kao sedar lah kao tu hanya budak PP yang tak berapa nak perform pon, jangan nak berangan kelas kao cancel esok "

aku terdiam dan cuba menunjukkan muke seringgit lima ploh sen dan melepaskan keluhan yang membenak dan hampir membuat aku senak .apalah malang nasib ,demi menghilangkan kekesalan tu aku pon mencari aktiviti petang .yerr assignment math aku yang kene submit esok ta siap siap ,jenuh aku cuba nak selesaikan kira-kira yang entah apekejadah giler payah tu .huhhh ,give up ! ape lagi yang mampu aku buat petang petang ni .tingg ! (bunyi apabila mentol yang bercahaya muncul atas kepala) online !

aku ingat tenang lah jugak bila online petang petang ni ,tapi...............
muncul si capital A hello aku kat fesbook tu yang hampir hampir memecahkan keheningan petang .

"awak dah ade bf ?"
ok sumpah aku tak suke soalan berbau bangang macam tu .tapi aku layankan jugak demi menjaga hati sebelah pihak sana walaupun aku sendiri terluka dan sangat kecewa ,pedih untuk aku telan semua ni .ok aku  over .

"tade lah .hahah " dengan nada bergurau sambil menarik muka dalam semak

"jom kite capel ?"
soalan murahan ,sorry aku tak semurah tu nak terima pelawaan yang macam tu sewenang-wenang macam makan pisang goreng cicah sambal kicap .hurrmmmm nyum nyum ,lame tak makan sejak dekat U ni .ok ,sedih ! nak balik esok !

"tak pelahh ,saya tak berminat " jawab aku ringkas.

"kenapa ? kalau awak dah ade yang punye bagitao jelah"
ok soalan kau macam nak marah aku .aku memang tak de bf ,abes kao nak suruh aku mengaku yang aku dah berbf baru kao stop tunggu aku .heyy kamon baby kamonn .takkan aku nak buat dosa kering tipu kao semata-mata nak layan merapu kao tu .maaf aku tak berminat nak main-main cinta ,aku bukan  memilih dan bukan nak bajet hot tolak kao dan mamat mamat lain tu .senang cite ,aku belom jumpe yang betol boleh buat aku jatuh cinta ok .sekian

Thursday, October 13, 2011

rindu ??

aku tao aku sangat sangat lama tak post dekat blog ni .malas giler kot nak bermainmain dengan blog ni .dan harini tetibe aku teringat dekat blog ni dan cube untuk meng-log-in beberapa kali .sahh aku lupe passwordnya .wahahhaha so berusaha lah sehabis kudrat untuk log-in jugak ,bermulalah misi me-reset kembali password .huhu dan akhirnya aku berjaya .wohooooo ! wehh aku rindu blog ni macam aku rindu si capital B ni ,nak dijadikan cerita ,empat lima hari lepas aku mimpi pasal dia kot .mimipi tu sangat sweet macam drama korea tu .alangkahh indahnya jika itu satu kenyataan .cewaahhhh *wooo haram haram kalo betol kenyataan ,hehe dan dua tiga hari kemudian iaitu beberapa hari setelah kejadian sweet tu dia hello aku dekat mukabuku a.k.a facebook .wohooo adakah dye mimpi yang sama macam aku ?? dye rindu aku macam mane aku rindu dye ?? hahahhha dye ajak kuar kott lepak lepak tengok movie .hahahha macam kelakar giler jer aku rase .weeee :D tapi rasanya cukuplahh untuk lebih dari sorang kawan lagi .jue jangan berharap lagi yer :) ok tenang ,tarik nafas dan cube keluarkan ikut telinga .haaaa confem ta boleh kan .hahha ok ,the end =D