Sunday, November 6, 2011

Mesin yang menakjubkan


Glukk glukk glukk  geedeegangg !

“weh mok kao beli kan aku air gedegang tu”  zack memberi arahan tegas yang memecah kegirangan sekumpulan anak muda yang dari tadi tersidai di bahu jalan berhampiran block penginapan mereka sambil menikmati keheningan malam dibuai petikan gitar berserta nyanyian penghilang kebosanan setelah seharian menghadiri kuliah
“duit mane doh ,kao nak suruh aku seluk kertas A4 dalam tu ??” Tanya acai dalam nada begurau yang amat pedas
“kao masuk bilik aku ade purse aku atas meja tu amek 2henget  jer ,dua henget je tao” tegas zack mematikan niat busuk acai.

“yelah yelah ,kao nak ape ni ? coke ? grape ? oren ?  ke air seratus tambah ? kale putih ker hijau ??” soal acai memastikan kehendak zack
“coke lah cai ,banyak soal lah kao ni “ dengan nada meluat menjawab persoalan acai yang ketidak pastian kewarasanya tu.

“gedegang ??” soal anak muda serentak  yang bersama zack dan acai menikmati keindahan malam itu .keasyikan mereka menikmati bait bait lirik yang semenjak tadi berpusar difikiran mereka terhenti tiba-tiba dek persoalan yang muncul dalam setiap kotak fikiran mereka .

“kat sini kami panggil bende alah tu (sambil memuncungkan bibir ala-ala itik pulang petang  beserta mimik muka yang agak mencairkan hati si gadis-gadis kearah mesin air berhampiran mereka) gedegang” suara zack melayan persoalan pelajar pelajar baru di universiti ni,yelah sebagai pelajar baru banyak budaya dan perkara yang mereka tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu mereka dapat dialam menara gading ni.
Semua anak mude tadi agak sedikit teruja dan jelas kelihatan air muka mereka berubah seperti ingin melompat setinggi awan dan berenang seluas lautan jer biler dengar penjelasan zack tadi .mana tak nya ,mesin yang tersergam indah kat blok dorang tu boleh keluaq kan ayak kot .cume kene bagi depa upah 2 ringgit ja lepah tu depa bagi ang minum ayak sedap .boleh diketogorikan sebagai khazanah dunia yang menakjubkan lah tu .tak pon macam poket doremon atau astro yang macam macam ada .ok aku tipu ,mesin tu keluarkan air jer dan habuk-habuk setompok dua .

Dipendekkan cerita ,aku nak borak sikit pasal mesin air yang wujud dekat unibesiti aku ni .bukan lah jakun,batak mahupun pelik .tapi agak sedikit excited bile dapat gune mesin tu .hehhe excited dia tu macam ang dapat tengok wayang ngan kekasih ang ,macam tu excited dye .paham dak ?
 ok, lupekan jer . dulu kat sekolah menengah aku ade jer mesin tu cume aku sebagai pelajar tahun akhir kat sekolah tu tak berkesempatan nak explore bende alah tu sebab time tu mesin tu baru diwujudkan kat sekolah tu .sekolah jer kat bandar Kuala Lumpur tapi lambat betul maju nyer .asal ? ang kesian kat aku ? tok sah la ang na kesian kat aku ,ang  tu pun penah guna ke tak gedegang tu kan .ishh
sebenarnya lame aku tak minum air gedegang tu sejak bertukar blok penginapan .yelah blok sekarang ni makin dekat dengan cafe dan sebagainya ( “dan sebagainya” teringat kat lecture aku yang gemar menyebut perkatan tu ,boleh dikatekan dalam setiap sesi kelas dengan dye dekat 30kali dalam masa 2jam dye sebut perkataan tu.hehe sorry sir  ).jadi tak perlulah untuk aku menjadi pemalas menghilangkan dahaga dengan air-air yang mungkin menjadi penyebab utama kes pemotongan kaki di Malaysia ni satu hari nanti .nak di jadikan cerita lagi ,tak jadi-jadi lagi cerita aku tadi .hehehe satu malam ni rakan seperjuangan aku sebagai pelajar asasi pengurusan dan strategi pertahanan di unibesiti pertahanan nasional Malaysia dan merupakan classmate bagi subjek finance dan pengukuhan pembelajaran datang kebilik aku dengan meluahkan hasratnya

“jue ,teman aku jom pi perpustakaan nu .aku tak dak teman ni ,kao sampai hati ka tengok aku pi sesorang. jom lah jue" rayuan seorang kawan . ‘angrhhhhh mengganggu masa lapang aku plak minah ni’ jawab aku dalam benak dada

“ang nak buat pa kat library tu ? kalao takat nak dok membuang masa ,bek ta payah .aku punye assignment menimbun nu tak sesiap lagi” keluh aku kurang bersetuju dengan ajakan tu

“alaa ,jom la aku nak pi siap kan assignment political sains aku ngan bebudak group aku tu .depa semua laki ,aku je sekuntum bunga kat situ nanti ,kao tak sayang aku ka jue ?” nada yang seperti meminta minta kaki aku untuk mencemar duli ke muka dia. Lemah betul aku kalao kawan dah main sayang sayang ni

“yelah yelah ,aku teman ang .pi solat lu ,lambat aku tukaq pikiran “ tegas aku mematikan langkah sara untuk terus berlegar disekitar bilik aku .
Sampai jer kami kat sekitar library tu ,ternampak lah mesin gedegang yang bercahaya dalam kegelapan malam yang seolah-olah melambai ke arah kami bertiga supaya menghampiri mereka

“kak oi ,meh lah berhenti sat .derma sehinggit dua kat kami .mesti korang dahaga kan berjalan dari blok ke sini ,meh lah minum sat” nada sayu yang memujuk untuk kami  melayan mereka , lemah iman aku nengok mesin tu .akhirnya aku pasrah ,leburkan 2 ringgit aku kat bendealah tu

Glukk glukk glukk geedegangg !

“uihh ,kuat nyo ang ni ,mengamuk ka” tengking aku kat gedegang yang mengeluarkan air anggur jenama F&N .bukan aku jer yang terkejut ,katak yang tidak pernah tahu erti bersyukur yang dari tadi memainkan lagu cinta mukabulu walaupun baru lepas hujan, berhenti  serta merta seperti radio dicabut plug nya .burung yang berasmara berlegar-legar mengelilingi bintang terhenti dan membawa haluan masing-masing  ,pegawai-pegawai kedat yang mengatur langkah selari menuju ke medan peperangan tersungkur menyembah bumi .

kemudian kami pon meneruskan tujuan utama kami berpeleseran malam tu .niat nak menyiapkan assignment terbantut dek line wifi library upnm yang sangat menngugat iman aku .hambarr


library yang lengang dimalam hari.

Huhhh ,dasyat aku menipu .

No comments: