Thursday, November 3, 2011

capel ??

rintik riktik hujan membasahi kegersangan tanah di sekitar kem sungai besi,
mengejutkan aku dari lelap yang lena sejak tengahari tadi .
hurmm mungkin ada yang cemburu melihat aku beradu sambil menikmati mimpi yang indah .

"huhh lame aku tido petang ni " bisik aku bersendirian.

lena aku terjage dek borak borak kosong roomate aku yang agak menarik sebenar nya.

"esok kelas cancel doh ,si polan tu dah balik dah harini"

tidak tidak dari mana datang suara yang mengghairahkan tu ?? kerana ingin mensahihkan ape yang aku dengar tu bantal dan selimut yang dari tadi melayan karenah aku dilupekan sejenak .dengan rasa bengang dan sedikit meninggikan suara mereka berdua berteriak kepada aku

"heyy manusia ,kau dah pelukpeluk aku dah meninggalkan peta yang merata-rata kau blaa macam tu jer ,terima kasih lah sikit ,susunlah kami kepada asal ! dasar manusia pemalas ! "

huhhh ,tak gune punye bantal dan selimut .ini lah jadi kalau segala bende boleh bersuara .nasib semua tu mustahil berlaku .ok aku dah merepek .back to the topic ,aku pon bangun dan cuba membuang barang seketul dua taik mata yang terhasil dek aktiviti petang yang sihat aku tadi dan cuba merebahkan semula badan yang terase belum puas melayari mimpi indah .belum sempat aku bersuara mungkin sekali mengucapkan selamat pagi kepada roomate roomate aku yang kusyuk mentelaah assignment mereka dari aku terlena sehingga terjage tadi

bruttt brutttt~

telefon bimbit aku vibrate lahh .hahahha

"buat ape mok ?? tido err ??"

arghhhhhhh ,dye dapat cam suara rock aku .habis lah, jatuh lah saham aku lepas ni .

"dah bangun lahh ,baru jer bangun .ingat nak berjoging ker tapi hujan pulak ,so nak buat cekodok ni. macam sedap kan buat cekodok petang petang ni.hikhikhik" sambil ketawa kecik macam tecekik sesuatu yang menghalang suara aku untuk terus keluar.ok aku menipu jer .perbualan aku dan dia pon berlarutan dan diakhiri dengan assalamualaikum (beriman) .tetibe aku teringat balik katakata roomate aku tadi pasal kelas esok .terus aku menembak beliau dengan soalan soalan yang bertubi-tubi ,sebenarnya tadelah bertubi pon .hahaha

"weh kao kate ape tadi ,esok kelas cancel ?? heaven giler ,sekarang jugak aku pack barang !" sambil melompat-lompat kegirangan.

"palahok mung kelas cancel ,tu budak STP lah .kao sedar lah kao tu hanya budak PP yang tak berapa nak perform pon, jangan nak berangan kelas kao cancel esok "

aku terdiam dan cuba menunjukkan muke seringgit lima ploh sen dan melepaskan keluhan yang membenak dan hampir membuat aku senak .apalah malang nasib ,demi menghilangkan kekesalan tu aku pon mencari aktiviti petang .yerr assignment math aku yang kene submit esok ta siap siap ,jenuh aku cuba nak selesaikan kira-kira yang entah apekejadah giler payah tu .huhhh ,give up ! ape lagi yang mampu aku buat petang petang ni .tingg ! (bunyi apabila mentol yang bercahaya muncul atas kepala) online !

aku ingat tenang lah jugak bila online petang petang ni ,tapi...............
muncul si capital A hello aku kat fesbook tu yang hampir hampir memecahkan keheningan petang .

"awak dah ade bf ?"
ok sumpah aku tak suke soalan berbau bangang macam tu .tapi aku layankan jugak demi menjaga hati sebelah pihak sana walaupun aku sendiri terluka dan sangat kecewa ,pedih untuk aku telan semua ni .ok aku  over .

"tade lah .hahah " dengan nada bergurau sambil menarik muka dalam semak

"jom kite capel ?"
soalan murahan ,sorry aku tak semurah tu nak terima pelawaan yang macam tu sewenang-wenang macam makan pisang goreng cicah sambal kicap .hurrmmmm nyum nyum ,lame tak makan sejak dekat U ni .ok ,sedih ! nak balik esok !

"tak pelahh ,saya tak berminat " jawab aku ringkas.

"kenapa ? kalau awak dah ade yang punye bagitao jelah"
ok soalan kau macam nak marah aku .aku memang tak de bf ,abes kao nak suruh aku mengaku yang aku dah berbf baru kao stop tunggu aku .heyy kamon baby kamonn .takkan aku nak buat dosa kering tipu kao semata-mata nak layan merapu kao tu .maaf aku tak berminat nak main-main cinta ,aku bukan  memilih dan bukan nak bajet hot tolak kao dan mamat mamat lain tu .senang cite ,aku belom jumpe yang betol boleh buat aku jatuh cinta ok .sekian

No comments: